Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-Minggu 1A

Assalammualaikum pembuka serta pemanis bicara...

Hanis Zalikha hampir menghampiri namun yang diberi Siti Zulaikhah juga kedengaran seakan-akan Siti Nurhaliza. Lahir pada tarikh yang senang diingati kerana bulan serta tarikh menghampiri iaitu 24 April 1999. Berasal dari bumi di mana Gunung Kinabalu bertapak serta dari daerah yang pernah dijadikan sejarah perintah berkurung iaitu Lahad Datu. Bumi kelahiran saya hanyalah bumi kecil namun menempatkan pelbagai kenangan indah sejak saya lahir lagi. Meninggalkan mahupun berhijrah dari bumi kelahiran saya amatlah berat bak menjinjing ribuan batu di bawah teriknya panas mentari. Negeri kelahiran saya menempatkan pelbagai kaum serta ras, dan saya merupakan anak kelahiran di bawah bangsa Murut Banjar. Murut datangnya dari beliau lelaki saya, manakala peranakan Banjar saya pula datangnya dari ibu saya yang lawa. 

Minat pasti dimiliki oleh kesemua orang dan tidak terlepas juga pada saya. Bermain bola jaring sudah tidak asing lagi dengan diri ini, sejak di bangku sekolah lagi bola dengan jaringannya tidak dapat dipisahkan dengan diri ini. Posisi yang sering dipertanggungjawabkan oleh diri ini adalah penyerang. Bukan penyerang penyakit, tapi penyerang bola.




 


Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan tempat di mana menjadi pilihan sekiranya ada rezeki untuk menyambung pengajian selepas tamatnya Tingkatan 6. Dan Alhamdulillah, kini diri ini berjaya menjejak kaki di bumi Semenanjung iaitu Serdang, Selangor. Cinta terhadap Bahasa Melayu yang membawa diri ini sampai bumi Selangor dan mengambil kos pengajian di bawah Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu. Dengan itu, nombor matrik yang telah diagih-agihkan dan akhirnya sampai kepada diri ini ialah 203938. Menetap di Kolej Lembah yang mengambil nama sempena penulis terkemuka iaitu Za'ba, dan nama kolej pun Kolej Pendeta Za'ba.

 




Inilah hobi yang saya katakan sebentar tadi, bukan penyerang penyakit tapi penyerang bola hehehe...Terkadang bila ada masa lapang di kolej, saya akan mengajak kawan-kawan yang lain untuk menyertai dan menemani saya untuk bermain bola jaring.




Selain cintakan, bola jaring, Bahasa Melayu diri ini juga mencintai alam semesta. Pemandangan-pemandangan indah ketika senja mahupun terbitnya matahari memenuhkan ruangan storan pada galeri saya. Mungkin akan terlihat pelik pada orang lain, namun tidak bagi saya kerana hobi itu perlu dikejar dan diidam-idamkan agar menjadi lauk serta hidangan ketika diri mahupun sesiapa yang tengah sepi. Bagi saya hobi-hobi saya inilah yang menjadi peneman bagi diri saya ketika diri ini luntur dari segalanya.

Setiap persembahan yang telah selesai dipersembahkan pasti tepukan gemuruh akan mengiringinya dan itu sudah cukup untuk menandakan sampai ke penghujungnya. Hehehehe...jadi begitu sahaja tentang diri saya yang kecik molek ini yang berasal dari Negeri Bawah Bayu dan tempat pulau-pulau indah bertapak. Ingat pulau yang indah, ingat ada Zulaikhah Sabah yang hampir menyerupai Hanis Zalikha serta Siti Nurhaliza.

 

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...