Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

 

ELEMEN ASAS GRAFIK

Mudah

Elemen mudah merupakan elemen yang penting bagi memastikan seseorang individu yang melihat terus kepada imej tersebut akan merasakan tenang dan mudah untuk difahami. Mudah untuk orang fahami adalah lebih penting agar mesej yang ingin disampaikan itu terus menepati ke minda penerima..

Misalnya: 

Grafik pokok jelas menampakkan pokok. Apabila seseornag melihat terus kepada grafik tersebut akan terus menafsir bahawa itu adalah gambar sebuah pokok.

Warna

Warna merupakan elemen yang mempunyai gaya kepentinannya yang tersendiri. Hal ini kerana, warna merupakan daya tarikan kepada sesuatu grafik tersebut. Grafik yang terbaik merupakan grafik yan tidak melebihi tiga kombinasi warna daam grafik tersebut.

Misalnya: 

Gambar pokok tersebut hanya mengandungi warna hijau, coklat dan biru yang melambangkan awan. Jika ingin memasuki warna penegasan seperti merah mahupun kuning boleh cuma dalam kuantiti yang kecil. 

Teks

Teks merupakan jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Namun begitu, teks yang dimasukkan pula perlulah bertujuan untuk memberi pemahaman kepada grafik yang dipersembahkan. Warna dalam teks tersebut pula hendaklah bijak dipilih agar tidak tenggelam.

Misalnya, gambar pokok tersebut bolehlah ditambahkan sedikit teks dengan memasukkan teks "POKOK"

Kesesuaian

Kesesuaian dalam grafik pula perlulah dititiberatkan agar bersesuaian dengan latar tempat, masa dan watak yang terdapat dalam grafik. Kesesuaian ini juga penting agar bahan yang digunakan dalam rafik tersebut sesuai dengan yang lain. 

Misalnya, gambar pokok tadi diambil ditepi pantai. Hal ini menepati elemen kesesuaian kerana pokok ada sahaja yang tumbuh di tepi pantai.

Keseimbangan

Keseimbangan perlulah memenuhi aspek kiri kanan, depan dan belakang. Hal ini penting agar tidak menampakkan ytempang mahupun kosong pada tempat-tempat yang tertentu. 

Misalnya, gambar pokok tadi perlulah diletakkan di tengah-tengah agar menampakkan keseimbangan kiri dan kanan. Jika ingin masukkan teks sekalipun, perlu ambil kira terhadap keseimbangan maksudnya di sini bahagian mana yang perlukan keseimbanan untuk isi kekosongan yang wujud.  

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang

 

 Alhamdulillah selesai untuk Tugasan Kedua bagi Minggu ni - 1 April 2021 (Khamis)

 

 

No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...