Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ? ( Anda semua sihat ? )
" Waaa bestnya pengalaman menggembara ke luar negara ! Teringin juga mau pergi bha "
Sebenarnya pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh jika kita sememangnya seorang yang minat akan pengembaraan. Anda dapat bayangkan kha tu, sedangkan pengembaraan dalam negara pun sudah mampu membuat kita terngiang-ngiang hingga ke mimpi atah lagi menggembara ke luar negara. Kita akan jadi lebih terbuka dan cara pemikiran pun akan bertambah dengan mengenal erti kehidupan sebenar.
Dengan itu, pada minggu lalu Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan rancangan Sembang Tamu: Dilema Pengembara di mana tetamu jemputan pada kali ini ialah Dr. Siti Nur Aliaa Binti Rosalan. Beliau merupakan seorang gemar menggembara di dalam dan terutamanya di luar negara.
Credited by : Dewan Bahasa dan Pustaka
https://youtu.be/bQCPNh8Es1o
Menurut Dr Aliaa beliau sememangnya gemar melakukan pengembaraan di dalam dan luar negara. Beliau telah memulakan minat pengembaraan ini sejak berumur 16 tahun lagi. Bayangkan sahaja bha pengalaman yang telah beliau peroleh pasti bak tingginya Gunung Kinabalu yang ada di Sabah ni...Hebat sungguh Dr Aliaa, bukan calang-calang orangnya. Hal ini demikian kerana, kita semua bayangkan sahajalah pada usia 16 tahun kita semua masih dalam pemikiran yang separa matang dan ada sesetengah yang belum matang sepenuhnya. Dan kebarangkalian untuk berfikir seperti Dr Aliaa ini adalah sangat tipis. Tetapi Dr Aliaa berjaya membuktikan bahawa umur itu bukan penghalang untuk seseorang melakukan pengembaraan. Pelbagai destinasi yang telah diterokai oleh Dr Aliaa.
Sudah terang lagi bersuluh, apabila seseorang itu mengorak langkah untuk melakukan pengembaraan sebenarnya membolehkan untuk memperluaskan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada. Buktinya, apabila seseorang itu berjaya menjejak kaki ke luar negara, kita akan melakukan kunjungan ke tempat-tempat yang semestinya belum pernah ditujui sebelum ini. Malah, saya merasakan dengan keberanian yang kita ada untuk menanyakan beberapa maklumat dengan pegawai-pegawai yang bertugas di kawasan tersebut, kita dapat membuat catatan tidak kiralah di buku nota, di notes phone kita kha pastinya akan berguna di masa hadapan.
Dengan itu, sebenarnya jika ditoreh lagi mendalam banyak manfaat yang kita boleh nikmati apabila melakukan pengembaraan tidak kisah di dalam mahupun luar negara yah. Saya berharap suatu hari nanti jika diberikan kesempatan saya ingin membawa keluarga kecil saya untuk ke luar negara bukan sahaja melakukan pengembaraan tetapi meluangkan masa yang ada bersama denan orang yang tersayang adalah waktu yang sangat dan memori yang sungguh indah ! Jum bermusafirlah !
Terima kasih juga saya ucapkan pada Dr Aliaa atas perkongsian yang sungguh menarik ini ! Smapai ketemu lagi yah Dr Aliaa.
Di sini, saya sertakan seklai bukti kehadiran saya yah Prof.
-Salam dari Negeri di Bawah Bayu-
No comments:
Post a Comment