CELIK BAHASA ISYARAT
Assalammualaikum, Da Jia Hao ?
Hari ni Zulaikhah mahu berkongsi sedikit ilmu tentang bahasa isyarat. Semua pasti biasa dengarkan bahasa isyarat ni. Umum mengetahui bahawa, bahasa isyarat ni merupakan bahasa komunikasi yang tidak menggunakan suara walau sedikit pun, namun hanya menggerakkan tangan, badan dan adakalanya sampai ke bibir untuk menyampaikan maklumat penutur tersebut. Jika dengar bahasa isyarat, dalam mind set setiap individu “ooooo bahasa isyarat ni hah yang guna gerakan tangan tu apabila kita bercakap dengan orang kurang upaya”. Sebenarnya di sini, bahasa isyarat ini bukan hanya untuk orang kurang upaya malah untuk orang biasa juga boleh.
Di kesempatan ini, saya lampirkan link dari Youtube berkenaan dengan siaran langsung iaitu pada 7 April 2021 (Rabu) kemarin, di mana berdasarkan Rancangan Sembang Tamu yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dengan membawa tajuk perbincangan Celik Bahasa Isyarat yang dikongsikan oleh Porfesor saya sendiri yang diberi nama cukup indah iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
DIKREDITKAN OLEH : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA
LINK : https://youtu.be/-h5hlplln24
Menurut perkongsian beliau kemarin, maklumat yang diberikan sangatlah berguna serta menarik. Beliau hanya mempelajari bahasa isyarat dengan mengambil masa hanya dalam jangka masa yang begitu pendek iaitu dua bulan sahaja. Sungguh hebat Prof saya ini. Menurut beliau lagi, bahasa isyarat ini beliau selalu gunakan ketika berada di rumah untuk menunjukkan pelbagai perasaan dan emosi terutamanya yang ingin disampaikan pada anak-anak di rumah. Beliau menyatakan bahawa bahasa isyarat ini juga boleh digunakan pada anak-anak yang sungguh hiperaktif ahhahaha...Sebagai contoh di sini, apabila adik-adik kita terlalu bising dan tidak mahu dilarang, cukup kita membuat isyarat dengan besarkan mata ataupun gigit bibir sudah menandakan yang kita begitu marah pada mereka. Itu juga dikategorikan sebagai bahasa isyarat. Skop bahasa isyarat ini skopnya luas, bukan sahaja alat komunikasi dengan orang yang kurang upaya namun boleh sahaja digunapakai oleh masyarakat umu dalam kehidupan seharian. Beliau sungguh hebat dan menampakkan semangat yang perlu dicontohi oleh khalayak ramai teruatamanya yang masih dalam usia remaja ini. Hal ini kerana, masa muda inilah sebenarnya masa untuk kita terus menggali ilmu sebanyak mungkin. Bahasa isyarat juga dikategorikan sebagai ilmu yang perlu diketahui oleh masyarakat umum. Dalam bahasa isyarat ini, yang saya tahu setiap abjad dari A sehiggalah Z mempunyai bahasa isyaratnya yang tersendiri. Di Malaysia pula, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ini telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi untuk komuniti orang yang pekak. Dengan itu, bagi saya dan saya berpegang pada slogan “kalau bukan kita, siapa lagi. Kita hendaklah sentiasa membantu bersama-sama dan tunjukkan usaha kita itu untuk membantu orang yang di sekeliling apabila memerlukan sebarang pertolongan. Tidak kiralah, pertolongan yang diberikan itu hanya sekecil zarah, namun jika ianya mampu buat orang sedunia tersenyum, ia pasti sesuatu yang hebat ! Saya kagum dengan usaha Prof yang mampu membuka mata serta hati terutamanya kami sebagai golongan mahasiswa tentang pentingnya bahsa isyarat ini untuk terus dipelajari.
Tidak salah jika kita ingin mewujudkan suasana harmoni itu pada jiwa orang yang memerlukan.
Terima kasih dan teruskan sapot blog saya hehe...
Ni merupkan bukti kehadiran saya, walaupun saya dan Prof masing-masing tidak mempunyai kesempatan untuk bersua muka secara fizikal namun saya ada jaa dalam versi "Online" yah Prof hehehe...Fi Hifzillah yah Prof.
No comments:
Post a Comment