Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ? (Anda semua apa khabar)

Pada blog kali ni Zulaikhah ingin share sikit berkenaan dengan strategi komunikasi. Zulaikhah ringkaskan dalam bentuk peta minda yah kawan-kawan...Harap korang fahamlah serba sedikit yah ehhe...Jangan lupa scroll sampai bawah tau...

 


 
 

 

Strategi komunikasi ini digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk (Tarone, 1980:420). Komunikasi ini boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Komunikasi juga boleh berlaku dengan adanya kewujudan peralatan digital yang terkini. Dengan adanya kewujudan peralatan digital membolehkan lagi komunikasi itu disampaikan dengan lebih berkesan dan agak cepat. Bahasa isyarat dan bahasa badan juga dikatakan sebagai suatu strategi untuk berkomunikasi.  Weber dan Grauer (2019) mengatakan melalui kajian mereka bahawa sebenarnya komunikasi juga akan terdapat starategi komunikasi inovasi dan dapat meninggalkan kesan yang positif dalam mesej yang ingin disampaikan itu. Komunikasi ini juga wujud dalam beberapa bentuk antaranya ialah komunikasi korporat, komunikasi organisasi, komunikasi pengiklanan dan perhubungan awam. Selain itu, starategi komunikasi ini juga dikatakan boleh berlaku dalam bentuk penceritaan penulisan ataupun teks. Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan bahawa setiap apa yang ingin diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang.
 


Di sini, saya lampirkan sekali bukti kehadiran amali saya untuk 20 Mei 2021 (Khamis)

Terima kasih bagi sesiapa yang sudah baca hingga bawah yah ! Ehhe, ketemu di blog lain lagi


No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...