Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

ASPEK

HURAIAN

1.      Intuisi

2.      Konteks

·         Penerimaan/Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

Emosi

1.      Positif

2.      Negatif

3.      Emosi Bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

Nilai dan Budaya

1.      Diri

2.      Masyarakat

3.      Adat

·         Jujur, Ikhlas, Baik Hati, Kasih Sayang, Kerajinan, Kesyukuran, Kesederhanaan,

·         Berdikari, Hemah Tinggi, Keberanian, Kebersihan Fizikal dan Mental, Kesantunan

·         Hormat-menghormati, Kerjasama, Semangat Bersemasyarakat

·         Keadilan, Kebebasan, Rasional

Bahasa

1.      Bahasa pertama/kedua/ketiga

2.      Formal/tidak formal

3.      Kesalahan bahasa

4.      Linguistik

Inferens

1.      Rumusan Keseluruhan

2.      Rumusan Topik Perbincangan

3.      Penutup Kata


 

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus, Terengganu

 

          Berdasarkan jadual di atas pra andaian dibahagikan kepada dua jenis iaitu intuisi dan konteks. Seperti yang diketahui umum, intuisi merupakan gerak hati manakala konteks pula isi kandungan yang perlu ada pada sesuatu wacana tersebut. Dengan itu, konteks pula mempunyai beberapa cabang antaranya penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

          Selain itu, seseorang individu itu sering dikaitrapatkan dengan emosi masing-masing. Emosi merupakan suatu perasaan yang terdapat pada diri individu dan menjadi asbab seseorang itu wujud perasaan embira, sedih, kecewa, gelabah dan sebagainya. Dalam pendekatan emosi ini terbahagi kepada tiga secara umumnya iaitu positif, negatif dan emosi bercampur –baur. Emosi yang bercampur baur ini sebenarnya datang an dipengaruhi daripada perangai, personaliti, mood dan motivasi.

          Bagi nilai dan budaya pula aspek ini diperhalusi dengan diri, masyarakat dan adat. Antara nilai-nilai yang terkandung ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, hemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental kesantunan, hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

          Bahasa merupakan perkataan yang diunakan oleh seseorang individu itu untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekaligus menyampaikan tujuan yang ingin disampaikan. Dengan itu, bahasa pertama/kedua dan ketiga ini wujud dalam jenis bahasa. Bagi bahasa formal dan bahasa tidak formal pula merupakan kategorinya. Kesalahan bahasa turut tidak lupa untuk dianalisis agar keslahan dapat diminimalkan.

          Akhir sekali merupakan aspek inferens. Inferens merupakan aspek terakhir yang akan menyentuh rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap daripada aspek ini perlu dibincangkan agar hasil tulisan akan lebih jelas dan lengkap. 


Disebabkan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi saya belum sampai lagi, saya membuat gambar gantian sebagai backup untuk menggantikan gambar yang sepatutnya iaitu selfie bersama buku.

1 April 2021 (Khamis)

          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7 comments:

Unknown said...

waaa,terbaikk eyka👏👏

PencintaAlamIndah said...

andu bha, terima kasih lai sapot yah🥺🤍🤍❤️

Unknown said...

Mantap LKS!! Keep it up ikaa ✨

Unknown said...

mantap saudari mantap!!

PencintaAlamIndah said...

MasyaAllah, tengkiu yah ✨ InsyaAllah !!

PencintaAlamIndah said...

Terima kasih yah ✨

PencintaAlamIndah said...

Terima kasih yah ✨

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...