Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

 

CERITA SOSIAL 2

Assalammualaikum, Da Jia Hao?

Kita bertemu kembali yah hehe

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus


Pada Cerita Sosial 1 Alim telah mengikuti keluarganya pulang ke kampong. Pada kali ini, saya ingin melanjutkan bagi Cerita Sosial 2 pula. Pada halaman ini, Alim dikatakan sebagai seorang anak yang suka akan berkongsi makanan mahupun barang dengan sesiapapun. Sikap Alim yang sebegini perlulah dicontohi dan diteladani oleh masyarakat di luar sana. Sikap suka berkongsi sebenarnya mampu memberikan sekaligus berkongsi perasaan suka dan gembira itu secara bersama-sama.

            Alim , Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah memang suka akan buah-buahan tempatan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa pasar tani akan beroperasi pada hari Ahad sahaja. Dengan itu, pada hari Ahad yang lalu bapa Alim telah pergi ke pasar tani dan membawa pulang banyak buah-buahan untuk dikongsi bersama orang rumahnya. Buah-buahan sememangnya mendatangkan pelbagai manfaat kepada diri dan sekeliling yang mengamalkannya tanpa henti. Lebih-lebih lagi kita kerap membeli buah-buahan tempatan negara kita bukan sahaja dapat menikmati kesihatan sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara.  Anatara buah-buahan tempatan ialah manggis, rambutan, betik, durian, langsat dan duku.

            Dengan itu, ayah Alim membeli buah-buahan tempatan. Mereka pun bersama-sama menikmati buah-buahan tempatan itu. Ibu Alim sangat menitikberatkan aspek kebersihan di mana ibu Alim mengingatkan anak-anaknya untuk jangan meletak sampah iaitu kulit buah-buahan itu merata tempat kerana rumah akan jadi besepah dan kotor. Ibu juga siap menyediakan bakul sampah untuk memudahkan mereka membuang terus kulit-kulit buah yang telah dinikmati bersama. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah mengangguk kepala tanda setuju apabila ibu mereka telah memberikan arahan berkenaan dengan jangan membuang sampah merata-rata. Mereka menunjukkan sikap seorang anak yang taat pada perintah ibu bapa. Adalah penting bagi seorang anak untuk mentaati perintah kedua ibu bapa mereka. Tiba-tiba, Alim teringat akan pesan ibu dan ayahnya tentang berkongsi itu merupakan amalan yang baik dan perlu diteruskan. Dalam mana-mana agama sekalipun, pasti akan menerapkan nilai-nilai murni untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seseorang. Begitu juga dalam Islam, sangatlah menitikberatkan amalan berkongsi ini. Tidak kira nilainya kecil mahupun besar. Asal berkongsi dan mampu berbagi rezeki dengan yang lain pun sudah memadai.

            Sebenarnya dalam konsep berkongsi tidak menitikberatkan mana pun tentang nilai, namun ianya datang dari hati yang ikhlas. Hati yang ikhlas pasti kelak akan dirasai oleh orang yang menerimanya. Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa, dalam rezeki kita juga sebenarnya tersirat rezeki orang lain. Dengan itu, amalan berkongsi ini perlu diterapkan dalam diri seseorang. Berbalik pada Alim, kemudian Alim pun memberikan Sulaiman. Ketika itu, Sulaiman sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman merupakan jiran Alim. Alim mencapai plastik merah yang berisi buah-buahan itu dan menuju kea rah Sulaiman. Setiba sahaja di rumah Sulaiman, Alim terus memberikan kepada Sulaiman dan akhirnya Sulaiman tersenyum. Kemudian, Alim kembali ke rumah. Sebaik sahaja selesai menikmati buah-buahan Alim segera melakukan pembersihan seperti membuang sampah di luar..Tanpa disengajakan, Alim pun terserempak dengan Mak Timah yang merupakan ibu kepada Alimm. Mak Timah sungguh gembiran melihat gelagat Alim yang suka berkongsi dan mendoakan kesejahteraan Alim dengan keluarganya sekali. Mak Timah juga sempat berkaca mata melihat Alim yang sungguh baik hati itu. 

 


 Saya sertakan sekali bukti kehadiran pada 8 April 2021 - Nama beserta no matrik di sebelah tajuk Cerita Sosial 2

No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...