Tuesday, April 6, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP

 CLOSE UP

Assalammualaikum, Da Jia Hao ?

Mug Shot sudah selesai alhamdulillah, kini tiba giliran untuk close up pulak yah.

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa Serdang : Universiti Putra Malaysia

Jika diteliti di sini, blog saya yang sebelumnya menyatakan Mug Shot merupakan suatu kaedah yang mengambil gambar dengan jarak yang dekat. Dengan itu, untuk Close Up hampir sama dengan Mug Shot iaitu mengambil gambar dengan jarak yang dekat dan hanya fokuskan pada wajah sesorang itu sahaja. 

Jum kita saksikan model-model untuk Close Up saya pada kali ni pula yah.

 

MANUSIA


Kenalkan, ni atok saya. Atok saya telah mencecah umur 70 tahun. Di sini, saya fokuskan pada kedutan yang telah perlahan-lahan timbul di wajah atok saya yang hensem ini.

Tadi sudah saya kenalkan pada atok saya bukan? Hah ni pula nenek saya yang cantik hehehe... Nenek saya muda lagi lah sebaya saya jak ni hehehe...


Dalam kesibukan bermain lari-lari adik sepupu saya ni, dia pun terpaksa berdiri seketika dan lihat pada kamera telefon saya sehingga dengar bunyi "Klik" dan kemudiannya sambung semula dengan dunia bermainnya...Di sini, saya fokuskan pada mata dan tahi lalatnya yang ada dekat atas mulut.


Salah seorang coursemate saya yang juga berasal dari negeri di bawah bayu. Saya fokuskan pada hiasan yang ada pada wajahnya yang manis itu bha.


Berbakat sungguhkan? Saya sungguh kagum,namun sayangnya orangnya ni bukanlah saya hahahah..

 

 

 

BINATANG

Memeng diberi nama, jum fokus pada misai dan sedikit tompok-tompok yang ada pada wajah Memeng tu.


Jum fokus pada bulu-bulu Si Bembek ni yah .


Cantik kan sisik dan ekornya tuu hmm...

Apa bezanya cicak dengan kamu yah? Pastilah ada beza cicak  melekat di dinding tapi kamu ndak melekat pun ahahahahah...
 
Jangan terkejut yah hehe, matanya tu macam tiada kan? Ada jaa tu tapi selari dengan corak pada badannya.
 
 
 
 
 
 
BARANG
 

 Ni songkok bapa saya, nampak pelik kan tapi benar tu hahahhaha... Songkok bapa saya ni dari Indonesia, dan kita cuba fokus pada lingkaran yang ada pada songkok.


Pasu hiasan mameh saya pun saya sapu rata untuk snap hehe, dapat lihat dengan lebih jelas kan lingkaran yang ada padanya tu ? 


Ramadhan tidak lama datang berkunjung, raya pun tidak lama akan tiba InsyaAllah...adakah yah gambar keluarga untuk tahun ni pula? Walaupun diuji dengan didatangkan wabak pandemik Covid 19 ini...


Hehe maaf Aishah, along jadikan bakul mekap untuk letak segala bedak-bedaknya jadikan bahan uji kaji ehhe...Jum fokus pada lubang-lubang yang timbul pada bakul tu yah


Tidak ketinggalan juga pada kotak pensil saya, ada bekas-bekas jahitan tu kan? Ehhe, kita orang fokuskan pada tu.






BUNGA

Lawanya lingkaran halus yang ada padanya tu


Habis bunga Keladi nenek saya jadikan model hehe.
 

 
Bunga Butterfly mameh saya pula lagi hehe...Malam serta hujan yang datang bertamu bukan penghalang untuk saya selesaikan tugasan saya.
 

 'Mendung tak berarti hujan', tapi masa ni hujan yah ehehhe...



 Indah sungguh warna bunga kertas ni ketika waktu malam yang disokong dengan flash dari kamera telefon...



Sekian sahaja perkongsian saya...Hehe, Jai Jian sampai ketemu di blog seterusnya pula yah...
 


No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...