Saturday, May 8, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6- SIMPULAN BAHASA (KLIK KLIK)

Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ? (Apa khabar semua?)

Sekarang sudah masuk Ramadan yang ke berapa yah ehhe, selamat berpuasa semua...

So hari ni, Zulaikhah mau share sikit tentang video kumpulan Zulaikhah hasilkan yah, nampak besha2 jaa orang bilang tapi pelakon-pelakon yang terdiri daripada ahli kumpulan saya sungguh hebat-hebat belaka...Dan ada yang sungguh lucu hahahhaha...Mau tau ap isi dalam video tu, klik jaa yah hehe ! Jum......

 

 

 https://youtu.be/6OXLA5gODSk

 

Video yang dihasilkan ni merupakan karya asli yang dihasilkan sendiri oleh air tangan 10 orang dalam kumpulan saya. Sungguh berbakat yah semuanya, okay apa sebenarnya yang terkandung dalam video ni...Untuk menjawab semua pertanyaan tu, sebenarnya yang terkandung di dalam video ni semuanya berkenaan dengan simpulan bahasa. Tahu ndak simpulan bahasa tu apa? Mesti tau kan ? So saya ndak akan bercakap panjang lebar yah berkenaan simpulan bahasa ni sebab rata-rata pun memahami dan mempelajarinya di bangku sekolah...Mana yang ndak berapa faham berkenaan simpulan bahasa yang ditunjukkan dalam video tuu boleh rujuk nota ringkas di bawah ni yah hehe...


1. Rambang mata (tidak boleh membuat pilihan)
2.  Mata air (buah hati)
3.  Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap]
4.  Ada bakat [Mempunyai kebolehan] 
5.  Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam] 
6.  Ada jalan [Mempunyai peluang]
7.  Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa]
8.  Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih]
9.  Air muka [Wajah atau rupa seseorang]
10.  Mandi peluh (hardworking)
11.  Makan angin (bercuti)
12.  Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar]
13.  Makan hati (kecewa)
14.  Alim kucing [Berpura-pura baik]
15.  Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai]
16.  Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang]
17.  Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan seseorang]
18.  Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri]
19.  Makan suap (rasuah)
20.  Buta tuli [Berbuat sesuatu tanpa berfikir]

 

No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...