Saturday, May 29, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)
Wednesday, May 26, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ?
Bha, setelah Facebook dan Instagram maka sampailah turn Twitter pula yah ehheheh...Bagi acc Twitter saya pula kena post berkaitan dengan perkara yang paling dekat dan hampir dengan kita - Kemanusiaan...Jum scroll2 dan baca yah !
Bha, sekian sahaja untuk mingu ni yah ! Terima kasih sudi baca posting saya tentang kesilapam, pantun 4 kerat serta kemanusiaan...
Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru pada kawan-kawan yang sudah menyempatkan diri untuk membaca blog saya untuk panjatkan doa kalian banyak-banyak yah untuk saudara kita di Gaza Palestin sana ! Mereka bukan orang luar pun, tapi darah daging kita sendiri tau ! Umat Islam sesama Islam, Takbir ! Allahuakbar...
BBM3410-202I-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)
Assalammualaiku, Da Jia Hao Ma?
Bha part Facebook sudah sebelum ni, sekarang pula kita beralih kepada acc Instagram saya...Dekat Instagram task adalah perlu post berkaitan dengan kesilapan ! Bha jum baca dan scroll-scroll yah hehe...
Ni postingan saya sendiri yah ehehheh !
Macam besa hahahha saya akan sertakan bukti kehadiran saya yah !
BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ?
Untuk minggu ni Zulaikhah ingin share sikit tentang posting yang Zulaikhah sudah buat di Instagram, Facebook dan Twitter...Korang boleh pelan-pelan scroll yah untuk tau apa sebenarnya postingan Zulaikhah pada minggu ni yah !
Zulaikhah mulakan dengan laman Facebook dulu yah ! Bha, bagi Facebook ni task nya pantun...So, bolehlah baca2 sikit yah pantun yang Zulaikhah hasilkan.
Sudah baca bha kan tu? Rasanya cam mna? Ada juga kha bakat Zulaikhah dalam dunia pantun ni? Hahahahha ndak pa la, cuba try test ja tu...Yang penting Mel kata "Kau kena yakin bha Zu ! " AHAHAHHAHAHAHA
Ni merupakan bukti kehadiran saya yah Prof
Sunday, May 23, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT (KLIK KLIK)
https://youtu.be/qhBrB3Kb9ls
Two Layer
https://youtu.be/16uTlXjymaY
Best kan ? Ndak macam ada feeling2 mau ikut menai kha tu yah ? HAHAHAHH. ....Ehehehe, bha itu sahaja untuk minggu ni ! Nnti kita jumpa di halaman yang seterusnya, di hari yang berbeza yah ehhe...Bye semua, makasih sudah scroll down dan tonton video dari atas hinggalah ke bawah yah !
Wednesday, May 19, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ? (Anda semua apa khabar)
Pada blog kali ni Zulaikhah ingin share sikit berkenaan dengan strategi komunikasi. Zulaikhah ringkaskan dalam bentuk peta minda yah kawan-kawan...Harap korang fahamlah serba sedikit yah ehhe...Jangan lupa scroll sampai bawah tau...
Strategi komunikasi ini digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk (Tarone, 1980:420). Komunikasi ini boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Komunikasi juga boleh berlaku dengan adanya kewujudan peralatan digital yang terkini. Dengan adanya kewujudan peralatan digital membolehkan lagi komunikasi itu disampaikan dengan lebih berkesan dan agak cepat. Bahasa isyarat dan bahasa badan juga dikatakan sebagai suatu strategi untuk berkomunikasi. Weber dan Grauer (2019) mengatakan melalui kajian mereka bahawa sebenarnya komunikasi juga akan terdapat starategi komunikasi inovasi dan dapat meninggalkan kesan yang positif dalam mesej yang ingin disampaikan itu. Komunikasi ini juga wujud dalam beberapa bentuk antaranya ialah komunikasi korporat, komunikasi organisasi, komunikasi pengiklanan dan perhubungan awam. Selain itu, starategi komunikasi ini juga dikatakan boleh berlaku dalam bentuk penceritaan penulisan ataupun teks. Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan bahawa setiap apa yang ingin diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang.
Di sini, saya lampirkan sekali bukti kehadiran amali saya untuk 20 Mei 2021 (Khamis)
Terima kasih bagi sesiapa yang sudah baca hingga bawah yah ! Ehhe, ketemu di blog lain lagi
Sunday, May 16, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (KLIK KLIK)
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ?
Mau lihat bakat terpendam ahli kumpulan saya kha tu? Lagi-lagi sempena raya ni hahahhaa, bakat mereka semua keluar dan kreatif sungguh semuanya !
Walaupun busy macam mana pun time raya, tugasan kena diselesaikan yah kerana cuti hanya seminggu...
Seminggu tu ging ndak rasa tu, pejam celik pejam celik sudah hari Isnin semula...Bukan pejam celik lagu raya Iman Troye tu yah hahahhaha...
Ingat yah, jangan kelipkan mata anda semua pun walau sekali semasa tengok video hasil kumpulan Zulaikhah yah ! Ehehehe, selamat menonton...
https://youtu.be/LYbVm9POipI
Bha, menarik kan ging? Kalau rasa ndak puas tadi tengok video tuu klik lagi sekali yah hahhahaha...
Once again, tengkiu yah ging jangan lupa like, comment & subscribe !
BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ?
Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin...Raya-raya juga yah SOP jangan lupa yah hehe...
Video kali ni Zulaikhah mau share sikit tentang video setempat....Bha jum saksikan video setempat Zulaikhah yang dishoot masa Syawal Kedua....
Untuk tugasan video setempat ni Zulaikhah shoot time berkunjung ke rumah saudara-mara Zulaikhah, dekat Sabah ni hanya dibenarkan beraya sampai Syawal Ketiga ja bha AHAHAHAHA...Jadi bila tanya cukup kha masa, confirm lah ndak cukup
Namun ging, kita kena patuh pada SOP yang ditetapkan kan, hehe...Sambil-sambil tengok video saya nanti ni jangan lupa yah titipkan doa sekali untuk saudara kita yang tengah berjuang di Palestin sana...
Bha, selamat menonton yah video setempat saya.
https://youtu.be/BzPS5EEcDBo
So lepas klik video tu, tau lah kan sedikit sebanyak tentang ilmu video setempat ni...
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma? (Apa khabar ?)
Masih Raya bha kan, ehhe Selamat Hari Raya semua !
Hari ni Zulaikhah mau share sikit tentang video setempat Zulaikhah...Siapa ingat dan ada tengok video setempat Raya yang Zulaikhah hasilkan baru2 ini...Kalau ndak sempat tengok boleh klik lagi sekali yah di bawah tuu, ada Zulaikhah sertakan link sekali hehe...
Video setempat yang hari tuh Zulaikhah hasilkan dan ambil time Zulaikhah berkunjung beraya di rumah sanak saudara yang berada berdekatan juga dari area rumah saya. Okay, sebelum saya record video tu saya ndak da inform dorang pun yang saya akan record video, saya terlupa hahahahahha...Jadi kiranya, saya record secara random jaa...Namun, untuk adik-adik saya macam besa lah sentiasa ready dengan apa jua situasi pun hahahhaha...Kan dorang generasi Y so ndak perlu pun kita beritahu dorang secara detail, malah mereka boleh buat secara random...HAHAHAHA itulah kelebihan adik-adik saya...Bha sambung lagi, semasa hasilkan video ni memang asli yah bagi sound bising dan sound bercerita antara beliau lelaki saya, ahli keluarga saya dengan tuan rumah...Alhamdulillah, semua spoting dan sangat supportive...Saya reccord untuk video setempat ni dengan cara yang ringkas dan dialog serta dialek Sabah sangat ketara hahahha maafkan saya...Dan volume saya dalam video tu tidak berapa kuat dan lantang mungkin disebabkan faktor suara sekeliling sehingga membuatkan suara saya ditenggelamkan..hahahhaha namun, boleh jaa kamu naikkan volume pada phone yah kalau mau tengok video tu ehhe...
Syarat video setempat ni, hanya kamera yang akan bergerak dan bukannya perakam yang bergerak ke sana ke sini yah...Nama pun setempat kan ehhe, bha...Dalam video tu juga saya sertakan sekali adik-adik saya, beliau lelaki saya yang macho, mak cik saya, nenek, atok, mameh saya dan tuan rumah sekali yah...Semasa berkunjung tu, macam besalah banyak hidangan disediakan serta kuih-muih...Ada ayam masak merah, sayur-mayur, nasi, mee goreng dan ada fav saya, air sirap kosong ehhe...Simple ja kan saya orangnya? Ehehe, mestilah...Kuih muih yang disediakan oleh tuan rumah pun pelbagai jenis bha, lain lagi kerepek-kerepek lain lagi kuih muih batang buruk, makmur , kuih susu, tart nenas dan rempeyek..hmmms sedapnya...
Sebaik
sahaja, selesai saya merecord video...Barulah ahli keluarga saya prasan
bahawa sebenarnya selama 5 minit saya ambil sebentar tadi untuk
lengkapkan sahaja video setempat saya hehehe...
Ehehe,
bha begitulah serba sedikit tentang langkah-langkah saya menghasilkan
video setempat semasa mengunjungi rumah sanak saudara saya...
Saturday, May 8, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 6- SIMPULAN BAHASA (KLIK KLIK)
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma ? (Apa khabar semua?)
Sekarang sudah masuk Ramadan yang ke berapa yah ehhe, selamat berpuasa semua...
So hari ni, Zulaikhah mau share sikit tentang video kumpulan Zulaikhah hasilkan yah, nampak besha2 jaa orang bilang tapi pelakon-pelakon yang terdiri daripada ahli kumpulan saya sungguh hebat-hebat belaka...Dan ada yang sungguh lucu hahahhaha...Mau tau ap isi dalam video tu, klik jaa yah hehe ! Jum......
https://youtu.be/6OXLA5gODSk
Video
yang dihasilkan ni merupakan karya asli yang dihasilkan sendiri oleh
air tangan 10 orang dalam kumpulan saya. Sungguh berbakat yah semuanya,
okay apa sebenarnya yang terkandung dalam video ni...Untuk menjawab
semua pertanyaan tu, sebenarnya yang terkandung di dalam video ni
semuanya berkenaan dengan simpulan bahasa. Tahu ndak simpulan bahasa tu
apa? Mesti tau kan ? So saya ndak akan bercakap panjang lebar yah
berkenaan simpulan bahasa ni sebab rata-rata pun memahami dan
mempelajarinya di bangku sekolah...Mana yang ndak berapa faham berkenaan
simpulan bahasa yang ditunjukkan dalam video tuu boleh rujuk nota
ringkas di bawah ni yah hehe...
1. Rambang mata (tidak boleh membuat pilihan)
2. Mata air (buah hati)
3. Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap]
4. Ada bakat [Mempunyai kebolehan]
5. Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam]
6. Ada jalan [Mempunyai peluang]
7. Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa]
8. Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih]
9. Air muka [Wajah atau rupa seseorang]
10. Mandi peluh (hardworking)
11. Makan angin (bercuti)
12. Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar]
13. Makan hati (kecewa)
14. Alim kucing [Berpura-pura baik]
15. Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai]
16. Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang]
17. Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan seseorang]
18. Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri]
19. Makan suap (rasuah)
20. Buta tuli [Berbuat sesuatu tanpa berfikir]
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
Assalammualaikum, Da Jia Hao Ma... Okay ni betul2 last yah sudah hahahahha, tengoklah apa benda yang Zulaikhah mahu share dekat sini yah !!...
-
BBM3410-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK Assalammualaikum, Da Jia Hao ? ( Apa khabar semua? ) Di pagi Sabtu ni Zulaikhah mau share sikit ten...
-
Assalammualaiku, Da Jia Hao Ma? Bha part Facebook sudah sebelum ni, sekarang pula kita beralih kepada acc Instagram saya...Dekat Instagram ...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia Pendua Pendua merujuk kepada p...